Tuesday 20 August 2013

Rindu Yang Tak Kembali.


Hai korang. Apa cer? Mudah2an korang sihat2 belaka. Baru malam ni aku dapat mengupdate blog kesayangku. Yea la, busy dengan raya kan. Mana sempat nak update apa2. Mana dengan final exam lagi. Mau tak kalut wei. Haaaa..... Macam mana dengan raya korang? Best tak? Ada yang dapat duit raya? Hahaha. Kenfem ada yang dapat dan tak dapat kan. Dah beso panjang pun. Heeee.... Tapi zaman kanak2 la best. Meriah sangat2. Aku rindu zaman tu. Zaman yang takkan kembali. Zaman yang menjadi kenangan abadi. Yang sentiasa terpahat di hati. Tak mudah untuk kita lupai. Sekarang ianya menjadi satu memori. Pada aku, ia amat bermakna walaupun zaman itu berlalu pergi. Sungguh terasa sampai ke hari ni. Sebab tu aku rasa rindu sangat2 pada waktu tu. Bermain bunga api, main mercun, berjaga sampai esok pagi dan macam2 lagi. Tahun ni aku tak ada feel nak beraya. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab umur pun makin meningkat, jadi raya ni pada aku biasa2 saja. Tak ada yang special pun. Ermmm, dan lagi satu raya kali ni juga membuatkan aku rasa sebak. Kerana aku sekeluaga serta sepupu2ku yang lain berasa kehilangan. Terasa akan ketiadaan arwah paksu yang telah 2 tahun meninggalkan dunia ni. Kalau ada arwah, memang meriah jadinya. Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman. Aminnnn. Sebelum mengakhiri coretan tak seberapa ni, disini aku menyusun sepuluh jari. Andai tersilap kata, tersalah biara, terasa apa2 harap maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Sekian, wassalam :))