Tuesday 20 August 2013

Rindu Yang Tak Kembali.


Hai korang. Apa cer? Mudah2an korang sihat2 belaka. Baru malam ni aku dapat mengupdate blog kesayangku. Yea la, busy dengan raya kan. Mana sempat nak update apa2. Mana dengan final exam lagi. Mau tak kalut wei. Haaaa..... Macam mana dengan raya korang? Best tak? Ada yang dapat duit raya? Hahaha. Kenfem ada yang dapat dan tak dapat kan. Dah beso panjang pun. Heeee.... Tapi zaman kanak2 la best. Meriah sangat2. Aku rindu zaman tu. Zaman yang takkan kembali. Zaman yang menjadi kenangan abadi. Yang sentiasa terpahat di hati. Tak mudah untuk kita lupai. Sekarang ianya menjadi satu memori. Pada aku, ia amat bermakna walaupun zaman itu berlalu pergi. Sungguh terasa sampai ke hari ni. Sebab tu aku rasa rindu sangat2 pada waktu tu. Bermain bunga api, main mercun, berjaga sampai esok pagi dan macam2 lagi. Tahun ni aku tak ada feel nak beraya. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab umur pun makin meningkat, jadi raya ni pada aku biasa2 saja. Tak ada yang special pun. Ermmm, dan lagi satu raya kali ni juga membuatkan aku rasa sebak. Kerana aku sekeluaga serta sepupu2ku yang lain berasa kehilangan. Terasa akan ketiadaan arwah paksu yang telah 2 tahun meninggalkan dunia ni. Kalau ada arwah, memang meriah jadinya. Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman. Aminnnn. Sebelum mengakhiri coretan tak seberapa ni, disini aku menyusun sepuluh jari. Andai tersilap kata, tersalah biara, terasa apa2 harap maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Sekian, wassalam :))

Monday 22 July 2013

Terasa Bila Hati Tak Punya Apa2


Hai korang. Apa khabar? Sihat? Mudah-mudahan sihat2 belaka. Baru malam ni aku dapat meluangkan masa untuk update di blog ni. Tak terlintas pun untuk aku mendiamkan diri. Aku punya masalah perlu diselesaikan. Banyak perkara yang terjadi membuatkan aku tak mampu nak fikir sebetulnya. Sesukar mana pun aku tetap cuba untuk bertenang. Aku cuba berfikir secara positif. Ternyata kali ini aku tak berdaya. Apa aku boleh buat. Tentu korang tertanya-tanya apa yang aku cuba nak sampaikan. Yea la, tetiba buat luahan tak bermadah memalam cenggini. Tak apa la. Aku luah apa yang aku rasa. Mungkin aku tak dapat nyatakan perkara sebenar. Jadi, aku berkias sudah mencukupi untuk buat korang faham. Pada aku kalau boleh biarlah ia menjadi  persoalan pada setiap apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Ermmm, korang agak mudah tak untuk jatuh suka pada seseorang? Setelah sekian lama menyepi, menyingle, dapat kawan tetiba terus kapel. Tak ke drastik tu. Bila kita cuba untuk menerima si dia, hati seakan 'membeku'. Tak mampu untuk membalas. Rasa kejam kan. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Apa yang aku rasa. Agaknya hati ini belum bersedia lagi. Wallahualam.

Sunday 30 June 2013

Welcome Everyone ~~~

 
Akhirnya siap juga blog kesayangan aku ni. Dari semalam lagi duk men'deco'. Tu pun tak siap. Kesnya line internet mogok. Nak suruh aku masuk tido la kononnya. Haaaa, dah banyak kali line duk mogok, aku pun mogok sekali le. Geram punya pasal. Hahaha. Nasib malam ni line internet 'cool' je. Kalau  mogok lagi, memang aku nak hempuk je. Hahaha. Ehhhh, korang dah kenal kan siapa aku. Jadi, tak perlu le aku perkenalkan diri lagi. Semua dah tertera kat http://raspberryvanilla90.blogspot.com/p/story-of-me.html Kalau ada sesiapa yang tak tengok lagi, sila2 la tengok link diatas ni yea :D Ok la korang. Setakat ini saja. Sekian, wassalam :))