Monday 22 July 2013

Terasa Bila Hati Tak Punya Apa2


Hai korang. Apa khabar? Sihat? Mudah-mudahan sihat2 belaka. Baru malam ni aku dapat meluangkan masa untuk update di blog ni. Tak terlintas pun untuk aku mendiamkan diri. Aku punya masalah perlu diselesaikan. Banyak perkara yang terjadi membuatkan aku tak mampu nak fikir sebetulnya. Sesukar mana pun aku tetap cuba untuk bertenang. Aku cuba berfikir secara positif. Ternyata kali ini aku tak berdaya. Apa aku boleh buat. Tentu korang tertanya-tanya apa yang aku cuba nak sampaikan. Yea la, tetiba buat luahan tak bermadah memalam cenggini. Tak apa la. Aku luah apa yang aku rasa. Mungkin aku tak dapat nyatakan perkara sebenar. Jadi, aku berkias sudah mencukupi untuk buat korang faham. Pada aku kalau boleh biarlah ia menjadi  persoalan pada setiap apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Ermmm, korang agak mudah tak untuk jatuh suka pada seseorang? Setelah sekian lama menyepi, menyingle, dapat kawan tetiba terus kapel. Tak ke drastik tu. Bila kita cuba untuk menerima si dia, hati seakan 'membeku'. Tak mampu untuk membalas. Rasa kejam kan. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Apa yang aku rasa. Agaknya hati ini belum bersedia lagi. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Bawah.
Sekian, Terima Kasih :D